I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 3, 2011

Bila Mata Menyihir...



"Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita,  maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya.."




Perintah Allah
Tahanlah sebahagian pandanganmu pada apa yang tidak perlu. Awaslah,  pandangan mata boleh menyihir!! Kerana larangan pandangan mata ini berkait rapat dengan memelihara diri daripada lembah terkutuk,  zina.


Tidak hairanlah, sungguh hikmah peringatan Allah s.w.t dalam Surah al-Nur ayat 30-31 yang bermaksud: 'Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman:'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluaannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.'
Katakanlah kepada wanita beriman :'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya,'                                                                                                                                                             

Perintah Allah s.w.t bukan bermaksud menahan pandangan secara total tetapi pada sebahagian pandangan yang boleh memandu seseorang kepada kerosakan. Manakala menjaga kemaluan wajib secara total.


Dikisahkan dalam al-Sahih, al-Fadhl bin Abbas pernah dalam satu perjalanan dari Muzdalifah ke Mina,  menumpang unta Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan korban di sana. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba ada beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh kaum hawa melepasi mereka.
       Al-Fadhl teruja melihatnya. Lirik matanya terpesona. Rasulullah s.a.w peka dengan anak muda itu. Baginda lantas memalingkan kepala al-Fadhl ke arah lain.
        Jelas pada kita,  jika pandangan sebegitu dibolehkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w membiarkan sahaja al-Fadhl menikmati pandanganya.


   Zina mata adalah dasar kepada zina tangan,  kaki,  hati,  dan kemaluan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:" sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina.   Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri,"
         Mata itu boleh berzina dan zinanya ialah pandangan.
         Lidah boleh berzina dan zinanya ialah perktaan.
         Kaki boleh berzina dan zinanya ialah ayunan langkah.
         Tangan boleh berzina dan zinanya ialah tangkapan keras.


"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya."(riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasa'i dan Abu Daud)


Rasulullah s.a.w bersabda dalam Musnad Ahmad bin Hanbl maksudnya:" Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimilikinya hingga saat dia bertemu dengan Nya."

2 comments:

  1. salam.. ana Taufeeq, shabat kpd saudara Syamil.. juz nk bknln.. nama diberi:Nik Mohd Taufeeq.. Skul:SMI AMAN,KB.. asal:T.Merah.. ana juga sahabat kpd saudara annas.. fb ana Kembara Ihsan.. kalau nak bincang isu2 pape, boleh je melalui Fb ana... k, salam ^_^

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam...ana Azamuddin, sahabat fb je ngan syamil n annas... tafadal...kenal kat fb ye...ana skul maahad muar ... owh,,,insya-Allah..nta duduk asarama 2 yg jarang jumpa..hehe

    ReplyDelete