I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 30, 2011

Assalamalaikum...


Jangan Kahwini Wanita Ini yg Dicatat oleh Imam Al-Ghazali:

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu:- Wanita yangh Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

" Wanita Ananah : Banyak mengeluh & mengadu ...dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah : Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah : Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

^__^ ... wallahu a'lam...

Thursday, April 28, 2011


Assalamualaikum...                                                                                                
Majoriti dari kita mesti ada akaun Facebook yang dicipta oleh Mark Zukerberg yang kini bergelar billionair.. Jutawan muda yang berusia 23 tahun.. Syabas diucapkan kepada beliau.. Tapi terpikir tak kita (kelebihan) dan kontra (kekurangan) penggunaan Facebook.. Facebook ni kalau guna dengan sebijak-bijaknya memang baik.. Tapi kalau disalahgunakan memang buruk kesannya kepada diri sendiri dan mangsa yang teraniaya..jom lihat ape yg dikaji selama 2 tahun berfacebook nih...

Sumber : Google

PRO:
1) Boleh berniaga
Online-online shop menggunakan laman sosial facebook untuk mempromosikan produk mereka selain website dan blogshop.. Facebook dikatakan pembeli dan penjual “lebih dekat”
2) Cari kawan-kawan lama
Ni ciri-ciri facebook yang kita semua akui.. Memang sangat mudah untuk mencari kenalan lama kerana kebanyakkan pengguna facebook menggunakan nama sebenar.. Tapi ada juga yang baajet hot tak reti guna nama sendiri.. Hehe
3) Jemputan ke Kenduri/Reunion/Gathering/Events
Dengan adanya fungsi “jemputan” pengguna facebook akan lebih mudah untuk menjemput kenalan ke suatu acara yang diadakan.. Sangat mudah.. Kita pon tak terlupa sebabnya akan ada reminder di bahagian home
4) Share Info-Info Terkini Yang Best
Jika korang baca sesuatu artikal di blog/website dan korang menjumpai artikal yang best, korang boleh gunakan fungsi button share yang ada untuk share ke facebook.. Tak pon copy paste URLnya sahaja.. Sekaligus rakan-rakan kita turut membaca info yang kita kongsikan itu..
5) Create Group Study
Kalau korang bijak menggunakan fungsi group di facebook, korang akan create 1 atau lebih group bertujuan untuk study.. Contohnya jika korang blur tentang sesuatu tajuk tuh, just tanya jer kat group korang tadi tuh.. IR pasti rakan-rakan korang yang lain sedia membantu.. Boleh juga share soalan spot, bincang dan sebarkan assignment terkini..
6) Boleh Promosi Blog
Haha point ni kena ada lah.. Wajib.. Kan kita blogger, facebook tuh wajib ada sebabnya facebook adalah tempat ping entri yang terbaik.. Bagus kan Mark ni..
KONTRA:
1) Fitnah Berleluasa
Semakin banyak fitnah yang disebarkan melalui facebook.. Bukan sahaja fitnah, setiap status yang berunsur kutukan, cacian juga dah berleluasa sekarang.. Bukankah itu mengundang dosa..?? Tak perlu lah nak bagi tau satu dunia korang nak kutuk orang itu nak kutuk orang ini.. Yang best tuh, rakan-rakan sekepala korang siap like lagi status korang tu.. Aiyaa
2) Terupload Gambar Yang Tidak Menutup Aurat
Huh dalam entri lepass, IR dah terangkan HARAM upload gambar di facebook jika gambar itu tidak tutup aurat.. IR malas nak ulas panjang, korang baca sendiri yer entri HARAM UPLOAD GAMBAR DI FACEBOOK, FLICKR, BLOG .. Lagi satu banyak sangat gambar yang tak sopan yang disebarkan.. Contohnya gambar bercium.. Melayu Islam weiiii.. Malunya..
3) Retakan Rumah Tangga
Ini kes parah.. Disebabkan mengorat pompuan,anak dara, janda, suami/isteri orang lain, kes penceraian boleh berlaku.. So, harap berhati-hati yer pergaulan dalam internet tuh.....Kang tak pasal2 ada yang tidur luar malam ni..yg penting jaga ikhtilat....
4) Kerja Tak Siap
Mana nak siap kalau asyik main farmmville, cafeword,DoTA(yg nih x de dalam fb...cume promote) dan lain-lain lagi permainan yang disediakan di facebook.. memang seronok main, tapi jangan la sampai leka.. Kang kalau boss marah macam mana..?? Sendiri tanggung 

Friday, April 22, 2011

Adakah Bumi dan Langit Akan Menangis Bila Kita Pergi Nanti?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mencungkil salah satu surah dari tujuh surah yang kita kena baca setiap hari. Berdasarkan beberapa hadis, Imam al-Banna minta kita membaca surah tersebut setiap hari . Surah al-Dukhan tidak asing bagi kita semua.

Terjumpalah kita ayat:


فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِين

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi (ayat 29 surah 44).

Kesombongan dan ketinggian firaun dan ribuan bala tenteranya menjunam, mati dalam keadaan yang hina. Ditelan laut yang mencantum selepas terbelah, buat laluan Nabi Musa dan Bani Israel. Cantuman itu sungguh bergelora dan ganas, laut kembali tenang selepas memusnahkan mereka.

Tiba-tiba Allah S.W.T mengatakan, peritiwa mati dan musnahnya penguasa sombong dan bala tenteranya itu tidak membuat langit dan bumi menangis.

Apakah langit dan bumi menangis?

Dalam kitab al-Kasyaf karangan Zamahsyari, tafsir yang membongkar rahsia balaghah al-Quran, sejak jahiliyah, orang-orang arab akan mengatakan bila ada kematian orang yang dimuliakan atau disayangi; bulan, bintang dan matahari turut menagis atas pemergian itu.

 ما من عبد إلا وله في السماء بابان باب يخرج منه رزقه وباب يدخل منه عمله وكلامه فإذا مات فقداه وبكيا عليه وتلا هذه الآية
 { فما بكت عليهم السماء والأرض }

Walaupun hadis di atas daif, namun terdapat banyak seumpamanya dalam riwayat dan sanad yang berbeza, saling memperkukuh maknanya. Hadis ini disebut ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini.

Tidak seorang hamba pun melainkan baginya di langit ada dua pintu. Satu pintu buat keluar rezeki untuknya dan satu pintu buat masuk amalannya.

Bayangkan kedua pintu itu akan menangis kerana terpaksa memberi khidmat kepada manusia yang durjana dan dimurkai Allah S.W.T.

Pintu kedua pula menangis bila amalan yang baik dan perkataan yang indah, tidak kunjung datang untuk tembus ke langit, melaluinya.

Bumi pula akan gembira kerana di tubuhnya yang terbentang luas, dijejaki oleh orang yang soleh. Bumi menjadi pentas untuknya sujud beribadah, pentas untuknya berdakwah dan pentas buatnya berjihad.

Bumi menagis pula bila terpaksa berkhidmat kalau yang menjejaki atasnya, musuh Penciptanya sendiri. 

Ayuh tanya diri ini! 

Adakah bila kita mati, bumi akan menagis kehilangan kita, langit akan meratap atas pemergian kita; kerana mereka berdua kehilangan orang yang mulia di sisi Allah S.W.T.

Mereka merindui orang yang selalu pulang malam kerana berusrah atau berceramah. Bermesyuarat atau berdakwah. Mereka merindui insan yang mengalun bacaan ma'thurat ditubuh mereka. Mereka kehilangan pemuda yang sibuk menghafaz al-Quran atau hadis Nabi.

Atau sebaliknya  bumi bergembira kerana telah bebas menanggung kita yang hidup berpura-pura di atasnya. Menipu bila berniaga. Berasuah bila berjawatan. Menzalimi bila berkuasa. Sombong bila berilmu. Lokek bila kaya. Khianat bila diamanah. Engkar bila berbaiah.

Ada langit dan bumi yang akan menangis bila kita diusung ke pusara kelak.

Atau ada langit dan bumi yang lega dengan perginya kita kelak.

Thursday, April 14, 2011

JuJuR Lah dalam setiap perbuatan dan kata2 mu

mengikut bahasa jujur bermaksud
"mengakui, berkata atau memberikan suatu informasi yang sesuai kenyataan dan kebenaran". jika tidak jujur maka 
“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

jujur dengan ibu bapa.
adalah perkara yang paling sukar rasanya buat kita semua. kerana ada perkara yang mereka larang kita tentang. yang mereka suruh lansung tidak bersuluh. ketika sekolah ujian dapat markah 4, kita tambah 0 di belakang jadi lah markah 40 huhh lega lulus. kalau kita jujur pasti memang dapat penampar. kalau ibu bapa sedang terdampar di hospital kerana serangan jantung patut kah kita jujur sesuatu yang buruk telah berlaku? tipu dosa kan? jika jujur? maka mati lah mereka kaku. tidak semua perkara yang jujur membawa kebaikan.

jujur dengan suami isteri.
rasanya banyak penipuan yang berlaku di sini kerana apa? kerana apa? bila isteri membeli belah pakaian dia cakap pada suami pergi pasar beli ikan. bila suami kata pergi main bola rupanya pergi main kayu tiga. bila suami ajak berasmara kata isteri datang bulan lah bang. padahal isteri marah sebab suami tak beli katil baru. spring pun dah habis kenyal bang. cecah lantai. kadang kita tidak perlu jujur mengikut kehendak hati kerana itu cuma nafsu semata.

jujur dengan kawan kawan.
sekeliling kita terdapat mereka mereka yang hebat. bila orang kata ada playstation 3 kita pun balas cakap ada playstation 8. bila orang kata ada teman wanita mat salleh kita pun kata ada teman wanita soleh. bila orang kata pernah masuk disko kita pun cakap pernah masuk rumah pelacur. bila orang kata dia gay. kita pun cakap saya ok. adakah kita perlu menipu untuk nampak hebat hanya kerana bila kita jujur orang hanya kata kita tidak hebat.

kadang sukar untuk jujur
kerana tak semua perkara mendatangkan kebaikan. jujur lawan nya menjaga hati. jika kita jujur gagal dalam peperiksaan, bagaimana agak nya rasa ibu bapa? maka jujur lah kita belajar sambil menghabiskan duit mereka. jika kita jujur dengan teman lelaki yang kita pernah terlanjur, adakah rasa cinta akan menjadi jijik hina? jika kita jujur pada kawan kawan yang kita miskin dan tidak bersekolah sejak kecil. adakah mereka akan menjauhkan diri dan pergi? senang cerita indonesia sendiri tidak mahu jujur bahawa mereka kalah kerana permainan. malah mereka tuduh kalah kerana alat permainan(laser).

jujur lah pada perkara
yang mendatangkan kebaikan dan penerimaan manusia yang bahawa setiap orang pernah melakukan kesilapan dan setiap orang punya kekurangan.



kesimpulannya kalau kita ade tertipu seseorang cepat2 lah minta maaf .. bertaubat .. sanggupkah kita kene potong lidah??!! sanggup kah kita mencari orang yg kita tipu diakhirat sdgkan disana berjuta2 manusia akan berkumpul ..dari kaumnya Adam hingga Umat Muhammad S.A.W .. 

Wednesday, April 13, 2011

Cinta yang selalu Mekar

Apabila cahaya menerangi hati manusia.. maka tenanglah hatinya.. apabila Allah saja menjadi tempat bergantung, maka tenang dan rasa cukuplah hidupnya..

setiap kekosongan yang dirasakan tidak selamanya.. apabila cinta Allah berbunga mekar di dalam taman hatinya.. kekosongan akan pergi meninggalkan perlahan-lahan..

Allah tidak pernah membiarkan dirimu sendiri.. tetapi Dia-lah yg sentiasa menemanimu saat kamu gembira dan berduka cita.. saat kamu terlupa dan juga saat kamu ingat pada-Nya..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." [Surah al-baqarah:186]


bertapa kasihnya Allah pada hamba-Nya.. apabila hamba-Nya melakukan dosa, Dia dtgkn musibah sebagai sebuah bentuk teguran.. supaya hamba-Nya tidak terus lalai dalam melakukn dosa keatas dirinya sendiri..

lalu, tidak perlulah kita merasakan bahawa kita sendiri di atas muka bumi ini, bumi ini milik-Nya.. segala yang terhampar di daratan dan di langit semuanya bertasbih kepada Dia.. mereka juga mahluk Allah seperti kita.. apakah wajar untuk kita mngatakan kita sendiri lagi?? fikirkanlah sebelum kita mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya kita katakan..

kita semuanya saling melengkapi, matahari dan bulan, bulan dan bintang, bintang dan orbitnya, orbitnya dan angkasa.. seperti itu juga kita.. panas dan hujan, hujan dan udara, udara dan oksigen, oksigen dan air, air dan manusia.. semuanya saling melengkapi.. begitu juga Allah menciptakan segala yg ada di muka bumi ini dengan berpasang-pasangan.. agar bisa melengkapi antara satu sama yg lain..

bertapa cantik dan indahnya perancangan Allah buat kita, malah perancangan utk seisi bumi ini.. subhanallah.. ~~sambil mendongak ke langit mata ini terpejam, lalu hembusan kesyukuran aku lepaskan..~~

Tidaklah selain Dia yg akan menyaksikan segala sesuatu.. dn Dia jugalah yang akan melakukan segala perhitungan..

ya Allah,
Kau bantulah aku menjaga diri dan maruah ku,
Kau bantulah aku dalam menjaga agama ku,
Jauhkanlah aku dari kelalaian yang merosak hati,
Jauhkanlah aku dari kefuturan yg hina,
Sesungguhnya aku terasa malu akan dosa-dosaku..

ya Allah,
Peliharalah wajahku dari fitnah,
Peliharalah lisanku dari umpatan yg keji,
Dan peliharalah hidayah yang telah Kau berikan untuk ku..
Sesungguhnya tiada Rabb selain Engkau yg aku sembah dan aku cintai..

Ameen..