I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 5, 2011

Tunaikanlah Solat

                                                                           


Assalamualaikum....


Terasa hiba hati ini untuk mencoret kata-kata nasihat di laman ini...
Sedangkan diri ini masih lalai dan lupa akan tanggungjawab diri sendiri..
Oleh itu , sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yg ada.....
Moga Allah mencucuri rahmat kepada kita semua.....insyaAllah..


Saudara dan saudariku...
Segeralah tunaikan solat bila suara muazin kedengaran, walaubagaimanapun keadaan saudara.
Janganlah kita mendahulukan kerja-kerja yang lain dari solat. Firman Allah:"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah penolngmu."


Antara firman Allah tentang solat:


 Solat merupakan sumber kejayaan. Dalam hal ini Allah berfirman :" Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri(dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia bersembahyang."(surah al-A'la)

Firman Allah lagi:" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yg beriman (iaitu) orang-orang yg khyusu' dalam solat"

Wahai saudara, dirikan lah solat sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan mungkar. Firman Allah: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar".

Namun begitu, masih ada segilintir umat Islam yg cukup solat lima waktunya namun masih berbuat maksiat.Ini kerana solatnya itu tidak disertakan dengan kekhyusukan dan keikhlasan hati. Solat seperti ini tidak diterima oleh Allah. Nauzubillah,bagaimana dengan kita?? Adakah sudah sempurna solat kita??. Perkara ini bersesuaian dengan sabda nabi, yang bermaksud: "sesiapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya dari (melakukan) kejahatan dan kemungkaran , solatnya itu tidak menambah (sesuatu) kecuali semakin menjauhkanya dari Allah"  
Sabda nabi lagi: "Solatnya itu tidak dapat menambah (sesuatu)  kecuali kemurkaan Allah"
                                                                                                     
Bagaimana solat dapat menghalang sesorang  dari perbuatan keji dan mungkar dapat dilihat dari ayat-ayat yang dibaca dalam solat itu sendiri, kerana ayat- ayat ini merupakan petunjuk  dan peringatan kepada manusia tentang kewajipan-kewajipan dan perkara-perkara yang diharamkan . telah disebut dalam 1 riwayat bahawa seorang pemuda dari golongan Ansar yang sentiasa bersolat bersama-sama Rasulullah s.a.w tetapi tidak silu-silu  melakukan perkara-perkara yang diharamkan. Keadaan itu telah diberitahu Rasulullah s.a.w , lantas baginda bersabda, yang bermaksud: "Solatnya itu akan menghalangnya (dari melakukan perkara yang haram itu)". Dalam arak masa yang tidak lama dari kenyataan Rasulullah itu keadaan pemuda berkenaan bertambah baik dan istiqamah mengikut syarak. Rasulullah bersabda, yang bermaksud "Tidakkah telah saya katakan kepada kamu?? " (yakni solatnya akan menghalannya dari -perbuatan keji dan mungkar)

Oleh yang demikian, sama-samalah kita semua memperbaiki solat kita. Menunaikannya diawal waktu dan mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah.








3 comments:

  1. ustaz2 nk tanya bole??mcm mana nk khusyuk dlm solat???

    ReplyDelete
  2. er...ana bukan ustaz le... antara cadangan untuk khusyuk dalam solat adalah :

    1. Kita hendak lah solat dalam keadaan tenang dan tidak terkejar-kejar..
    2. Cuba memahami setiap makna yang kita bacakan dalam solat...Jika kita tak mampu faham...At least, kita membayang kan tulisan bacaan tersebut....
    3. Pastikan mata kita tak melihat-lihat ke tempat lain....

    Biasalah, kita kan manusia....Pasti ada cacat celanya..Tapi, insyaAllah...Kita akan usaha yang terbaik dan berusaha untuk mendapat kan solat yang sempurna dan khusyuk....

    Akhirnya, Kita kena yaqin bahawa Allah terima solat kita... Bersangka baiklah dengan Allah....InsyaAllah....

    Kita bersama-sama berusaha buat yang terbaik...Abg hanya berkongsi dan memberi cadangan...

    WaAllahu'alam....

    Azam Al-kankari...

    ReplyDelete